ِThis is what I get last night. A great insight and knowledge about another message from our beloved prophet Muhammad (pbuh). Subhanallah!
HADITH 19
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. Beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:
1) Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu.
2) Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
3) Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah.
4) Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
5) Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.
6) Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Kandungannya mudah. Rasulullah mengingatkan kita supaya:
1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu - melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan. Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi - kesihatan/anak/keluarga/harta. dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram. 2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa -jagalah agama Allah (Islam) dan Allah memberi jaminan bahawa Dia akan sentiasa berada dekat dengan kita. 3) Meminta pertolongan hanya pada Allah -memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah. - Jika tadi Rasulullah menyuruh kita meminta kepada Allah (mintala apa sahaja, keberkatan ilmu, kekayaan, kesihatan, perkara2 yang menyenangkan kita). Tetapi kali ini Rasulullah menekankan supaya meminta pertolongan sekiranya mengalami musibah.4) Beriman kepada Qadho’ dan Qadar5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah . 6) Kemenangan bersama kesabaran 7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) 8) Bersama kepayahan ada kesenangan Semoga manfaat dari hadith tersebut dapat diperolehi dan diamalkan bersama.
Wallahualam.