Alhamdulillah, masuk hari ini, sudah genap seminggu aku berada di tanah air, tempat aku dilahirkan. Malaysia. Seakan tidak percaya kaki sudah berpijak di bumi nyata ini. Seingat aku, tiket flight Emirates yang aku naiki untuk pulang ke Malaysia dibeli seawal tahun 2009. Sejak dari itu, perasaan untuk pulang ke Malaysia berbuak-buak. Kini, masa itu tiba jua. (Ok, sudah2lah berjiwang. Udah sampai Malaysia dengan selamat, Alhamdulillah!)
Sebelum aku sampai di Malaysia, satu tragedi yang boleh aku katakan tidak diingini berlaku. Mungkin silapku sebab ambil perkara ini sambil lewa dan mungkin juga silap keluargaku kerana tidak periksa terlebih dahulu. Tapi aku tidak salahkan mereka sama sekali. Mungkin kerana teruja dengan kepulangangku perkara ini terjadi. Maka, kesalahan ini aku jatuhkan kepada diri ini.
Sebelum aku menceritakan khilaf yang berlaku, biar aku cerita dahulu jadual penerbanganku.
Dublin - London Gatwick : 11hb June, 6.40 pagi
London - Dubai : 11hb June, 9.15 malam
Dijangka sampai di Dubai pada jam 7.15 pagi, 12hb June.
Transit di Dubai selama 3 jam.
Dubai - Malaysia : 12hb June, 10.15 pagi.
Dijangka sampai di Malaysia jam 9.35 malam waktu tempatan.
London - Dubai : 11hb June, 9.15 malam
Dijangka sampai di Dubai pada jam 7.15 pagi, 12hb June.
Transit di Dubai selama 3 jam.
Dubai - Malaysia : 12hb June, 10.15 pagi.
Dijangka sampai di Malaysia jam 9.35 malam waktu tempatan.
Jadi apa yang berlaku ialah, pada tarikh 11hb June, lebih kurang jam 11 tghri waktu London, aku dapat panggilan telefon bertubi-tubi dari Malaysia. Dari Abah, kemudian mak, kaklong, abang. Tapi dek kerana kredit Meteor yang sudah habis, panggilan mereka tidak dapat dijawab. Pelik. Perkara ini tidak pernah terjadi. Hati mula berasa ada yang tidak kena, aku segera mencari telefon awam dan mendail nombor emak. Seperti yang ku duga, satu keluargaku sudah berada di KLIA. Bukan sahaja keluarga asas, malah keluarga kembanganku. Nenek, keluarga Cikna, Cikla, Maksu. Meriah KLIA dengan kedatangan mereka. Malangnya kepulanganku bukan pada hari tersebut. Rasa bersalah yang maha hebat mula berselubung. Tidak tenang sepanjang penantianku di London. Aduhai, bersalah sungguh diri ini kerana tidak memberitahu details penerbanganku kepada emak sebelum berangkat.
Sebenarnya aku merancang untuk menelefon emak pagi sebelum aku berangkat ke London. Tapi kerana bangun agak lewat pagi itu, ku batalkan sahaja niat tersebut. Sampai sahaja aku di London, aku terus menghantar mesej menerangkan jadual penerbanganku. Mungkin emak terlepas pandang pada tarikh yang aku nyatakan. Maka pada malam itu, mereka pulang dengan hati yang kecewa. Bersalah sungguh diri ini.
Esoknya, penantianku dan keluarga berakhir. Sekali lagi kami diketemukan. Syukur Ya Allah kerana mengizinkan pertemuan ini. Aku berharap agar kepulanganku ini bukanlah satu kepulangan yang sia-sia. Semoga aku dapat berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa di kesempatan yang diberikan ini. InsyaAllah.
Keesokan harinya, jamuan makan malam diadakan di rumah Mokde.
Benar, sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya sangatlah besar. Jadi ucapkanlah 'Alhamdulillah' serta bertaqwalah kepada Allah.
Jika kamu bersyukur pasti akan Kutambah (nikmat-Ku)
untukmu, dan bila kamu kufur, maka sesungguhnya siksa-Ku
amat pedih.
untukmu, dan bila kamu kufur, maka sesungguhnya siksa-Ku
amat pedih.
lbrahim (14):7
"Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang
bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk (manfaat) dirinya sendiri."
bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk (manfaat) dirinya sendiri."
Luqman (31): 12
Wallahualam.


















