0800
Cuaca di luar sangat terik . Teriknya matahari tidak seperti Malaysia. Subhanallah! ciptaan Tuhan itu indah. Didatangkan matahari bersama angin sejuk. Dingin. Damai.
1200
Awan mula menangis. Menangis mencurahkan segala kandungannya. Lebat. Membuatkan aku semakin lapar. Lantas sahaja tangan ini mencapai segala benda untuk dimakan. Tidak boleh dibiarkan perut ini merintih. Syukur Tuhan atas rezekiMu.
1700
Awan masih menangis. Tapi kali ini tangisnya semakin reda. Ku lihat manusia berkeliaran di jalanan. Ada yang berjogging, ada yang bawa anak-anak berjalan. Indah. Suasana yang damai.
2100
Matahari seakan tidak mahu menghilang. Masih menampakkan dirinya walaupun semakin samar-samar. Rindukan bumi barangkali.
2200
Alhamdulillah, selesai solat maghrib dan Isya' secara jamak. Matahari sudah berpisah dari bumi. Kegelapan yang nyata dicapai.
0400
Pagi datang lagi. Pagi yang luar biasa. Menjenguk di luar tingkap, matahari muncul semula. Hilangnya hanya sebentar sebelum ia bertandang kembali. Teringat jika di Malaysia. Waktu begini pasti langit malam cantik bertemankan bintang-bintang.
Malaysia. InsyaAllah tidak lama lagi.
abah
mak
kaklong dan abg hafiz
syafiq
aiman
ajiqboy
TUHAN, AKU RINDU MEREKA
dan yang lain.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal"
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.
Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.
Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
(Jazakillah Leen!) Sekadar perkongsian. Menarik!
Wallahualam..
Sunday, May 10
Bismillahirrahmanirrahim..
Dearest MOM.
I may not know how to express my gratitude and love toward you Last night when my friends and I gathered together They found a time to call their moms
But I I was watching and listening Not knowing whether or not should I do the same "I love you mom" "Muahx! enjoy your day mom" They were repeating
And I I was still watching and listening Damped in the midst of cold air Why can't I? This is not supposed to be a wonder for me It is not supposed to be something difficult for me
And so, Here is what I decided to do A poem, a thought, a love, a wish
to THE GREATEST MOM in the world.
To Allah, Thank you for giving me a sweet mother For without your mercy and love I may not know this world.
For mom, Thank you for giving birth to me. And I don't yet understand what you have gone through In order to bring me to this world But from my medical learning, I know it took you half dead. Thanks a million to you!
And mom, I know I wasn't a little good girl to you. And that I've put you so much into trouble. I made you listen and grant my wishes I cost you a lot in rising me. For that, I will never be able to repay you. But I will always pray to Allah To grant you with good health and longevity So that I will be able to give my services As long as you want As long as I'm alive. InsyaAllah.
Mom, Thanks for your support Thanks for your courage Thanks for not losing hope in me Thanks for being the best listener Thanks for your kindness Thanks for being the most understanding person in world I may list down all the things that you have done But I'm pretty sure that the list will never stop As there are so much that you do That I might forget, or not appreciate But...
THANK YOU THANK YOU THANK YOU
Your daughter, Siti Khadijah.
Writing on behalf of the other daughter and sons: Rabiatul Adawiyah Muhammad Zul Hafiz Ahmad Khidir Syafiq Ahmad Aiman Hanif Muhammad Zul Haziq
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kembalimu.” (Luqman: 14)
Alhamdulillah sudah hidup di bumi Allah selama 22 tahun. Syukran diberi peluang untuk melebarkan potensi diri dan menjelajah hasil ciptaan Allah dengan mempelajari Medicine di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI).
Anak ke 3 daripada 6 orang kepada pasangan Zulkarnain dan Normah. InsyaAllah dalam proses memperbaiki diri menjadi insan yang lebih mulia di sisiNya. Bercita-cita menjadi seorang pakar sakit jiwa (psychiatrist). InsyaAllah.