Friday, January 16

Remaja Malaysia..

Na'uzubillah..depan mata aku sendiri pegang arak sambil hisap rokok..dan lebih menyedihkan kaum hawa..APA SEMUA NI? Nie ke sambutan Tahun Baru yang nak dijadikan amalan? rasa mahu saja diri ini pergi dan melempang remaja2 tersebut. Bersuka-suka macam hidup tak akan mati2, padahal pada hari yang sama Gaza dibom lagi..alahai remaja Malaysia..

Baju xpayah cakapla..aku yang duduk Ireland nie pon terkedu.. Remaja Malaysia boleh mengalahkan keseksian remaja Irish..SANGAT HEBAT remaja Malaysia..Memang mengaplikasikan sepenuhnya fashion semasa..Kalau sini pure Irish rambut coklat, Malaysian teenage pon nak coklat..CUKUP TINGGI daya saing mereka!

Remaja Malaysia terlalu mudah lupa..terlalu hidup senang dalam kelompok mereka sendiri..Mereka tidak pernah bayang kehidupan di Palestin..Mereka tidak pernah terfikir siapa yang berjuang bagi pihak mereka utk mempertahankan al-Aqsa..tapi aku bertanya sendirian..tahukah mereka apa pentingnya al-Aqsa? Tahukah mereka kenapa al-Aqsa menjadi rebutan..

ahh!! peduli apa mereka..yang penting, mereka sentiasa dalam hiburan dunia yang melalaikan..si perempuan leka dengan pujuk rayu si jantan dayus..Sangat ironi remaja wanita kite..Tubuh badan digadaikan dengan rela..tapi pernahkah mereka terfikir wanita-wanita Palestin yang dinodai maruah mereka? Maruah yang dipertahankan selama ini jatuh juga di tangan najis penjajah..Tetapi remaja wanita Malaysia? hina sungguh mereka! Keji! Kalau boleh dilakukan, tukar sahaja mereka dengan wanita Palestin! Tapi mereka tak akan pernah sanggup..seperti mana kesanggupan wanita pejuang Islam sejati..

Wahai saudara2 ku di Gaza..aku benar-benar mahu menyumbang..Aku benar2 mahu syahid bersamamu..Tapi aku masih tidak mampu menangani kalian..Kalian adalah pejuang sejati..Pejuang Islam yang mulia..Akan ku cuba membantumu dengan caraku tersendiri.. Semoga Allah memberkati keikhlasan kita..

Bersabarlah saudaraku..Janji Allah itu pasti...

(p/s: perihal remaja Malaysia adalah atas pemerhatian dan penilaian diri sendiri.Mungkin hanya segelintir sahaja yang melakukan perbuatan terkutuk ini tapi impaknya pada masa depan diri dan Islam sangatla besar..Oleh itu, sedarlah rakan-rakan hawaku..)

Wsalam..

No comments: