Friday, September 4

Sedutan-sedutan menarik Di Negara Orang

Assalamualaikum wbt.

Tiba-tiba terasa rugi jika tidak menceritakan pengalaman menarik di negara orang. Bimbang jika ianya terus lupus dari ingatan. Bak kata Tun M, Melayu Mudah Lupa. Heh.

Entri kali ini kukira mungkin menarik untuk menceritakan kisah suka/duka solat berjemaah di negara orang. Kalau solat seorang, aku mengaku aku sendiri belum cukup berani untuk buat secara terbuka begitu. Apatah lagi jika sekelilingku dibanjiri ribuan orang asing yang sememangnya memandang kami sebagai manusia pelik. Bertudung. Pelikkah?

Sepanjang 9 bulan pengajianku di Bumi Shamrock, Ireland, banyak anjakan paradigma yang berlaku dalam diri. Dari peralihan peringkat kematangan berfikir sehinggalah perbezaan pandangan mengenal dunia. Tapi sudah tentu, 9 bulan masih dikira mentah. Banyak lagi dunia luar yang belum ku terokai. Masih belum puas untuk ku berbincang dan bertukar pendapat dengan mereka yang lebih tua.

Sememangnya sekarang ini aku terlalu rindukan hidup di Dublin. Bukan tidak bersyukur dengan nikmat bersama keluarga di Malaysia. Cuma aku lebih tenang di sana. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Lari dari segala masalah sosial anak remaja Malaysia yang jijik jika hendak dibandingkan dengan anak remaja Irish. Jika Allah mengizinkan, ingin saja aku bawa keluargaku untuk bersama-sama di sana. Jika itu berlaku, mungkin Malaysia tidak akan ku jejaki. Sekurang-kurangya untuk suatu jangka masa yang panjang.

Terkenang masa-masa sendirianku melusuri Grafton Street. Biar sekadar untuk window shopping. Picnic bersama teman sepengajian di pantai-pantai atau kawasan tanaman bunga yang warna-warni. Rindukan 'Girls Night' di rumah-rumah rakan. Masak beramai-ramai di dapur untuk mencuba resepi baru. Juga segala program persatuan yang selalu ku ikuti. Rindu.

Aku mula bertatih mengenal dunia. Setiap peluang cuti yang diberi cuba dimanfaatkan untuk jaulah. Untung menimba ilmu di benua Eropah yang mempunyai 4 musim. Setiap musim diberi cuti. Winter (sebulan), Spring (2 minggu), Autumn (1 minggu) dan Summer (3 bulan). Belum lagi termasuk St Patrick's Day, Bank Holidays. Kami mewah dengan cuti. Jadi sebenarnya jika dihitung, masa belajarku hanya 8 bulan untuk 2 sem. But yet, sikit pon kami tidak terasa bebanan belajar atau stress kerja yang menggila. Alhamdulillah. Situasi ini agak berbeza dengan rakan seperjuangan di Malaysia. Aku tidak tahu mana silapnya. Negara kita banyak menyambut perayaan-perayaan. Mungkin sistem pendidikannya belum dikatakan yang terbaik. Jika disini kami rindukan masa-masa terluang di zaman universiti., rakan di Malaysia barangkali rindukan masa mereka di zaman persekolahan. Heh.

Pengalamanku solat di negara orang:

#1 : Blarney Castle
Cork. Ireland.
Jaulah ini berlaku sewaktu musim Autumn. (Luruh). Sememangnya indah! Lantai-lantai jalan diselaputi daun-daun kuning yang gugur. Tebal dan lebat. Aku dan rakan-rakan lain (about 20 of us) mula mendirikan solat zuhur dan asar secara berjemaah. Kebetulan mengikut qiblat kompas yang kami bawa, arah qiblat benar-benar tertumpu pada sebatang pokok rendang yang besar. Risau juga kami jika orang sekeliling yang melihat tersalah faham. Takut dikatanya kami menyembah pokok! Memandangkan hanya tempat itu dikira strategik untuk mendirikan solat, kami teruskan jua. Tidak dinafikan hati pada ketika itu berbelah bahagi. Hilang kusyuk di dalam solat. Ternampak kelibat Irish yang mula mengambil gambar kami. Rukuk, sujud, tahiyyat. Semua di dalam pemerhatian mereka. Mereka pelik. Atau kagum mungkin?

#2 : Carpark, Manchester United Stadium
Old Trafford, Manchester, UK
Pertama kali menjejakkan kaki ke Theatre of Dream, aku sangat teruja. Terbayang wajah abang dan adik-adik yang sememangnya peminat terbesar Red Devil team ini. Aku juga peminat setia mereka. Cuma aku lebih bernasib baik kerana diberi peluang hebat ini. Setelah selesai dibawa menjelajah di setiap pelosok stadium hebat ini dan membeli merchandise Man Utd, kami menunaikan solat Zuhur berjemaah. Berpusing sekali lagi untuk mencari tempat yang sesuai, akhirnya kami nekad untuk solat di carpark di ruangan bawah stadium itu. Lebih buruk apabila kami lupa hendak membawa kain, sekurang-kurangnya untuk mengalas kepala. Hendak di tanggal kot tebal yang dipakai, ianya agak mustahil dengan keadaan winter yang sejuk menggila di luar sana. Melalui idea kreatif bersama, kami bersepakat untuk meletakkan merchandise yang dibeli di suatu tempat dan menggunakan plastik bag yang tertera tulisan "Manchester United Store" sebagai alas. Terkilan juga terpaksa menghancurkan bag tersebut. Tapi apakan daya, waktu solat tidak boleh dilengahkan lagi. Lalu berjemaahla kami dengan aku sebagai imamnya.

#3 : Liverpool Airport
Liverpool, United Kingdom.
Ini satu lagi pengalaman yang menarik lagi mencabar bagi kami sebagai kaum hawa. Waktu itu kami ke Leeds untuk menghadiri Medical Symposium 09"Things They Don't Teach In Medical School". Disebabkan tiket flight malam mahal-mahal semuanya jika diambil dari Leeds, maka kami pun beli tiket pulang ke Dublin dari Liverpool jam 7 pagi keesokan harinya (sehari selepas program tamat). Maka kami berempat pon merewanglah di sekitar bandar Liverpool sambil mencari makanan halal. Malam di Liverpool (weekend plak tuh) memang menakutkan. Seawal jam 6 ptg (tp sbb time tu winter, maka dh gelap pon) kami lihat orang mabuk berkeliaran. Bukan sahaja anak-anak muda, malah sekumpulan nenek-nenek tua juga kelihatan seolah-olah tidak mahu menamatkan malam mereka di rumah. Pakaian yang menjolok mata, botol arak di tangan kanan dan sepuntung rokok disebelah tangan yang satu lagi. Jalan pula secara berjemaah sambil terhuyung hayang. Tiba-tiba aku teringat nenek di kampung (KL ye!). Berbeza sungguh. Nenek pasti pakai kain batik bersama baju kedahnya. Jika tidak memasak, mesti sedang melipat kain pada waktu malam. Pengakhiran bagaimanakah yang dicari oleh nenek-nenek British ini? Hurm.

Malam di airport Liverpool paling menarik. Sebab terlalu takut untuk terus berjalan di tengah-tengah bandar, kami terus kembali ke airport. Dengan mata yang kuyu dan seluruh badan yang keletihan seharian, kami solat masuk ke bilik solat. Ye di airport Liverpool ini disediakaan bilik solat. Tapi konsep mereka berbeza sedikit. Semua agama yang wujud dibawah satu bilik solat. Jadi bila masuk bilik tersebut, patung Buddha, Cross Kristian, Bible, Al-Quran, lilin. Semua ada. Sebenarnye agak kurang selesa di situ. Terasa macam solat di dalam gereja. Tapi kami bersyukur seadanya. InsyaAllah itula tempat yang sesuai untuk kami menunaikan kewajipan sebagai muslim. Hajatnya hendak tidur di dalam bilik tersebut, Tapi bilik itu tersebut dikunjungi oleh sekumpulan lelaki Pakistan untuk menunaikan solat. Jadi dengan lemah lesu, kami masuk ke dalam sebuah restoran yang sudah tutup untuk bermalam.

Kami duduk di sebelah sudut di bahagian yang paling terlindung di dalam restoran itu. Pada mulanya kami hanya bersandar di dinding. Sekadar hanya ingin lelap. Tapi sbb mata yang berat nie mahu tidur dengan lebih selesa, kami bentangkan duvet, beg tebal sebagai bantal dan another duvet sbg selimut. Sempat juga disusun kerusi sebaris panjang untuk menutup kaki kami yang terlujur keluar. Kali terakhir aku buka mata menunjukkan jam 11.30 mlm.
Memang kami tidur mati. Bangun itu kami dikejutkan oleh pekerja lelaki restoran tersebut. Nasib baik tiada air liur basi yang keluar. Kalau ada, malu juga. Sambil meminta maaf dan mengucapkan terima kasih, kami bergegas keluar. Tidak tahan menanggung malu lagi. Tapi tidurku nyenyak.

#4 : Shopping Complex
Madrid, Spain
Ini perihal cuti Spring ku selepas tamat exam Sem 1. 10 hari aku menjelajah Spain, tapi masih belum puas. Terlalu banyak singkapan sejarah Islam di Spain yang aku tidak berapa fahami. hari ke 4 aku di Madrid. Sempat melawat ke Santiago Bernabéu Stadium yang dimiliki kelab Real Madrid. Secara jujurnya, aku kurang suka Real Madrid kerana banyak perpindahan pemain hebat Man Utd ke kelab ini. David Beckham, Ruud Van Nistelrooy dan kini, Cristiano Ronaldo. Heh. Nak dijadikan cerita, sewaktu kami di Madrid, salji turun agak lebat. Salji pertama di negara orang. Zuhur itu kami ke shopping complex di sebelah stadium tersebut. Buntu untuk solat di mana, kami pergi di tangga kecemasan shopping complex tsebut. Sedang mendirikan solat, kami didatangi oleh seorang polis Spanish/Spaniard. Siap dengan cota. Rakan kami (identiti dirahsiakan. Hehe) cuba menerangkan kepadanya. Namun masalah dengan orang Spanish ialah mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Jadi rakan tersebut dengan bersusah payahnya membuka buku panduan Spanish language untuk meminta izin selama 3 minit sehingga kami selesai solat. 3 minit berikutnya, polis tersebut kembali lagi. Kali ini berteman. Risau juga kami dibuatnya. Dengan tidak sempat menadah tangan untuk berdoa, kami segera beredar. Alhamdulillah, selesai juga solat kami.

#5 : Malaga Airport
Malaga, Spain
Ini aku rasa antara pengalaman yang paling mencabar. Mungkin bagi aku seorang. Solat di depan ribuan manusia pelbagai agama dan negara di ruang legar menunggu untuk boarding. Sebabnya penerbangan pulang kami pulang ke Dublin tertunda disebabkan ribut yang agak kuat di Spain. Tidak boleh berlengah lagi, kami dipecahkan ke dua kumpulan. Satu kumpulan akan solat berjemaah dulu, yang lagi satu menjaga beg. Ekor-ekor mata ligat memerhati. Tapi semacam timbul rasa lega dan gembira kerana dapat mempromosikan keindahan islam. Bangga. Petang itu kami pulang dengan semacam kepuasan dapat menambah pengalaman di negara orang. Indah.

#6 : Gatwick Airport
London, United Kingdom.
Gatwick airport sama sahaja konsepnya dengan Liverpool airport. Kebebasan mengamalkan tuntutan agama masing-masing dibawah satu bumbung. Cumanya pada hari itu, paderi-paderi airport sedang mengadakan meeting di dalam bilik tersebut. Agak sukar untuk kami meminta kebenaran untuk masuk solat. Tapi diberanikan juga diri ini. Mereka menyambut baik kedatangan kami dan siap menunjukkan di mana letaknya sejadah yang dilipat. Menarik! Kami solat berjemaah sambil diperhatikan oleh beberapa orang Kristian/ paderi. Aku hargai usaha pihak bertanggungjawab di kebanyakan airport di UK yang menyediakan kemudahan bilik solat begini. Terkilan kenapa Airport Dublin tidak cuba mengusahakan perkara yang sama sedangkan populasi Muslim di Dublin sangat ramai. Suatu hari nanti? Mugkin.

Well, aku rasa inilah entri terpanjang setakat ini. Moga beroleh manfaat darinya.
Maaf gambar tidak dapat disediakan:
1) mengelakkan entri menjadi bertambah panjang
2) External hardisc rosak - hilang semua gambar (Haish!).

Sekian, wasalam.





Saturday, August 8

Monyetnya Cinta Kita

Alhamdulillah, sekali lagi cuti yang panjang ini diberikan peluang indah oleh Allah untuk terus mengutip sebanyak ilmu, peringatan dan pengajaran untuk dijadikan panduan hidup.

Pagi ini aku berpeluang ke sebuah forum wacana remaja yang diberi tajuk "Monyetnya Cinta Kita", anjuran Iluvislam.com. Sebuah forum yang ku kira wajar diadakan untuk memberi pendedahan kepada remaja sekarang yang tidak pernah lari dari alam cinta monyet. Bosan.

Forum kali ini mendatangkan 3 penceramah yang mantap2. Ustaz hasrizal Abdul Jamil, Ust Zahiruddin dan Pak Firdaus dari ESQ Learning. Really motivating!

Aku bukan cuba untuk menerangkan setiap persatu apa yang telah dibincangkan pagi tadi. Tapi aku berminat untuk quote semula kata-kata menarik dari para penceramah yang aku rasa sangat mendalam maknanya dan membuka ruang minda untuk berfikir kembali.

"Iman berkadar terus dengan kasih dan sayang/cinta. Jadi, jika bertambah imannya, maka akan bertambahlah rasa kasih seorang insan itu terhadap insan yang lain ataupun kepada PenciptaNya".

"Allah sentiasa menunjukkan kasih dan sayangNya kepada umat manusia. Sebagai contoh, setiap kali sesuatu pekerjaan dimulakan, basmallah yang tekandung perkataan Ar-rahman dan Ar-rahim disebut. Sifat ini yang lebih ditonjolkan oleh Allah berbanding sifat2-Nya yang lain".

"Cinta sebagai alat untuk menambahkan penghambaan kepada Allah"

"Manusia bercinta untuk mencari bahagia. Bahagia pula terbahagi kepada 3 jenis; Physical , Emotional and Spiritual happiness. Yang kita mahu ialah Spiritual itu."

"Memang dunia sudah berubah. Dari segi kemajuan teknologi, ekonomi, sosial dan sebagainya. Tetapi manusia itu tetap sama. Fitrahnya masih sama. Manusia bersifat konservative. Sebab itu di dalam al-Quran tidak diterangkan mengenai keadaan ekonomi, penggunaan mata wang, keadaan tempat dan lain-lain tetapi deperincikan tabiat manusia pada zaman tersebut. Agar al-Quran itu terus dijadikan panduan untuk memperbaiki akhlak manusia."

"Rasa cinta itu lahir dari sifat manusia yang suka diberi perhatian. Dengan perhatian, seorang anak dara dapat ditarik keluar dari keluarga. Bukan kereta besar, wang ringgit serta keselesaan rumah yang dijanjikan oleh si lelaki. Cukup sekadar perhatian maka hati wanita jatuh di tangan lelaki."

"Cinta tu simptom dan akidah adalah penyakitnya. Jika cinta itu merosakkan, maka manusia akan dapat penyakit yang merosakkan akidah" Akidah akan menterjemahkan cinta."

"Cinta itu datang dengan tanggungjawab"

"Kemanisan itu datang pada yang halal"

Dan ini ayat yang paling aku suka. Quote of the Day:

"Perigi takkan boleh pergi ke timba. Dan timba takkan mampu ke perigi dengan sendirinya. Jadi perlu menggunakan orang tengah untuk menyatukan perigi dan timba. Samalah juga dalam kes penyatuan muslimin dan muslimat. Seelok-eloknya menggunakan orang tengah."

Subhanallah. Percintaan dalam islam itu sangat indah!

Say Yes To Love After Marriage!

Wallahualam.



Monday, August 3

Apabila Ditanya Tentang Masa Depanku..

Assalamualaikum wbt.

Perihal masa depan, sememangnya kita sebagai hamba kepadaNya hanya mampu merancang. Selebihnya, Dialah yang menentukan. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.

Bercakap mengenai masa depan, aku memang suka. Bukan berangan-angan kosong. Aku akan cuba memenuhi segala aturan masa depanku setelah mengambil kira pelbagai aspek, InsyaAllah. Jika perancanganku tidak berjaya, aku redha kerana, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Apabila ditanya mengenai masa depanku, Aku mahu kawin awal. Ya! Dari dulu aku berkata demikian. Masa depanku mahu dirancang seelok-eloknya untuk berkeluarga. Aku mahu keluarga yang ideal. (Siapa yang tidak mahu?).
Tidak keterlaluan jika aku katakan aku berfikir terlebih panjang mengenai hal ini berbanding usiaku yang jauh masih muda. (hehe..).

Calonnya? Juga aku tetapkan pada si Dia untuk memilih. Aku yakin, Dia akan memberi hanya yang terbaik. Tapi ia datang dengan syarat. Syaratnya, jika aku dambakan si SOLEH, maka aku juga perlu menjadi si SOLEHAH. Jadi, di dalam diri ini sibuk mencari calon, ku niatkan semoga diri ini terus istiqamah dalam perbaikan diri, hatta sudah berkahwin sekali pun. Amin. Doaku semoga dia datang segera.

Aku pernah berfikir untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Mahu mendedikasikan diri ini kepada suami dan anak-anak sepenuh masa selain menjadi hamba kepadaNya. Mahu kepulangan suamiku disambut, mahu anak-anakku dihantar dan diambil dari sekolah olehku. Mahu mereka makan air tanganku. Segala-galanya aku mahu lakukan.
Alangkah indahnya kalau begitu.

Kini aku di bidang perubatan. Satu profession yang ku kira sangat sibuk. 100% bertentangan dengan cita-cita idealku untuk menjadi suri rumah. Mampukah? Wallahu'alam. Maka dengan itu, aku membuat penambaikan di dalam perancangan hidupku. Bukan tidak berani menyahut cabaran. Aku cuma mahu membina impian di alam nyata. Mahu jadi doktor dan dalam pada masa yang sama membuat segala-gala yang ku nyatakan di atas?
MUSTAHIL. ku kira, amat MUSTAHIL.

Jika ditanya mengenai masa depan, aku pernah berkata bahawa aku akan berhenti kerja sekiranya gaji suamiku mampu untuk menampung aku dan anak-anak termasuk orang tuanya. Sungguh dedikasi aku terhadap keluarga yang bakal dibina. Menyedari hakikat aku kini bergelar pelajar perubatan, penambahbaikan yang aku lakukan ialah untuk menjadi pakar sakit jiwa. Seringkali aku akan digelakkan, tidak kurang juga ada yang cuba memberi kata-kata semangat. Sekurang-kurangnya, aku tidak akan sia-siakan masa 5 tahun ku belajar perubatan di Ireland. InsyaAllah.
Soalnya kenapa pakar sakit jiwa (psychiatrist?)

Jawapannya mudah:
1) Kerjanya hanya dari jam 9-5 ptg. Apatah lagi on-call nya hanya dari rumah. Ini membenarkan aku menjadi suri rumah berjaya di samping bergelumang dengan profession kedoktoran yang aku ceburi selama 5thn. InsyaAllah.
2) Aku minat dengan bnda2 pelik. Bagiku satu cbaran bagi seorang psychiatrist untuk diagnose seseorang yang dikatakan gila. SKIZO. Aku suka.

Kalaupun aku tidak menjadi pakar sakit jiwa (na'uzubillah min zaalik), aku berkeputusan untuk menjadi pensyarah bebas di IPTA/IPTS di dalam bidang psychiatry. Kalaupun aku tidak menjadi penyarah bebas, aku mahu menjadi penceramah bebas. Apa sahaja yang membenarkan aku untuk menjadi isteri dan ibu yang aku idamkan. InsyaAllah.

Banyak lagi yang aku ingin perkatakan tentang perancangan masa depanku. Biarlah setakat ini dahulu. Yang lain, mungkin bakal dikongsi dengan calon suami sahaja. Mungkin akan ada penambahbaikan bila pihak kedua campur tangan. Harapnya semua itu mendapat keberkatan dan kemudahan dari Allah subhanahu wa ta'ala.

Sekali lagi,
kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang.

p/s: ini hanyalah harapan dan perancangan penulis. Tapi apa yang pentingnya disini, CARI CALON dulu.

Siapalah agaknya ye? (tertanya sendiri).

Wallahua'alam.

Thursday, July 9

Bila Hati Menafikan Lidah

Bila hati menafikan lidah
Lidah kelu untuk berkata-kata
Mungkin kalah dek panahan hati
Mungkin juga tewas dek kesucian hati.

Bila hati menafikan lidah,
Seeloknya serahkan hati kepada Sang Penjaganya,
Agar hati tersebut diyakini
Dengan bantuan doa dan petunjuk dari Ilahi.

Bila hati menafikan lidah
Mungkin hanya masa yang ada jawapannya,
Tetapi hanya masa yang dihabiskan untuk meminta padaNya
Sememangnya Dialah selayaknya tempat untuk meminta.


Bila hatiku menafikan lidahku,
Mungkin sudah tiba masanya untuk aku kembali berfikir.

-Coretan hati setelah pulang dari Kelantan-