Monday, August 3

Apabila Ditanya Tentang Masa Depanku..

Assalamualaikum wbt.

Perihal masa depan, sememangnya kita sebagai hamba kepadaNya hanya mampu merancang. Selebihnya, Dialah yang menentukan. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.

Bercakap mengenai masa depan, aku memang suka. Bukan berangan-angan kosong. Aku akan cuba memenuhi segala aturan masa depanku setelah mengambil kira pelbagai aspek, InsyaAllah. Jika perancanganku tidak berjaya, aku redha kerana, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Apabila ditanya mengenai masa depanku, Aku mahu kawin awal. Ya! Dari dulu aku berkata demikian. Masa depanku mahu dirancang seelok-eloknya untuk berkeluarga. Aku mahu keluarga yang ideal. (Siapa yang tidak mahu?).
Tidak keterlaluan jika aku katakan aku berfikir terlebih panjang mengenai hal ini berbanding usiaku yang jauh masih muda. (hehe..).

Calonnya? Juga aku tetapkan pada si Dia untuk memilih. Aku yakin, Dia akan memberi hanya yang terbaik. Tapi ia datang dengan syarat. Syaratnya, jika aku dambakan si SOLEH, maka aku juga perlu menjadi si SOLEHAH. Jadi, di dalam diri ini sibuk mencari calon, ku niatkan semoga diri ini terus istiqamah dalam perbaikan diri, hatta sudah berkahwin sekali pun. Amin. Doaku semoga dia datang segera.

Aku pernah berfikir untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Mahu mendedikasikan diri ini kepada suami dan anak-anak sepenuh masa selain menjadi hamba kepadaNya. Mahu kepulangan suamiku disambut, mahu anak-anakku dihantar dan diambil dari sekolah olehku. Mahu mereka makan air tanganku. Segala-galanya aku mahu lakukan.
Alangkah indahnya kalau begitu.

Kini aku di bidang perubatan. Satu profession yang ku kira sangat sibuk. 100% bertentangan dengan cita-cita idealku untuk menjadi suri rumah. Mampukah? Wallahu'alam. Maka dengan itu, aku membuat penambaikan di dalam perancangan hidupku. Bukan tidak berani menyahut cabaran. Aku cuma mahu membina impian di alam nyata. Mahu jadi doktor dan dalam pada masa yang sama membuat segala-gala yang ku nyatakan di atas?
MUSTAHIL. ku kira, amat MUSTAHIL.

Jika ditanya mengenai masa depan, aku pernah berkata bahawa aku akan berhenti kerja sekiranya gaji suamiku mampu untuk menampung aku dan anak-anak termasuk orang tuanya. Sungguh dedikasi aku terhadap keluarga yang bakal dibina. Menyedari hakikat aku kini bergelar pelajar perubatan, penambahbaikan yang aku lakukan ialah untuk menjadi pakar sakit jiwa. Seringkali aku akan digelakkan, tidak kurang juga ada yang cuba memberi kata-kata semangat. Sekurang-kurangnya, aku tidak akan sia-siakan masa 5 tahun ku belajar perubatan di Ireland. InsyaAllah.
Soalnya kenapa pakar sakit jiwa (psychiatrist?)

Jawapannya mudah:
1) Kerjanya hanya dari jam 9-5 ptg. Apatah lagi on-call nya hanya dari rumah. Ini membenarkan aku menjadi suri rumah berjaya di samping bergelumang dengan profession kedoktoran yang aku ceburi selama 5thn. InsyaAllah.
2) Aku minat dengan bnda2 pelik. Bagiku satu cbaran bagi seorang psychiatrist untuk diagnose seseorang yang dikatakan gila. SKIZO. Aku suka.

Kalaupun aku tidak menjadi pakar sakit jiwa (na'uzubillah min zaalik), aku berkeputusan untuk menjadi pensyarah bebas di IPTA/IPTS di dalam bidang psychiatry. Kalaupun aku tidak menjadi penyarah bebas, aku mahu menjadi penceramah bebas. Apa sahaja yang membenarkan aku untuk menjadi isteri dan ibu yang aku idamkan. InsyaAllah.

Banyak lagi yang aku ingin perkatakan tentang perancangan masa depanku. Biarlah setakat ini dahulu. Yang lain, mungkin bakal dikongsi dengan calon suami sahaja. Mungkin akan ada penambahbaikan bila pihak kedua campur tangan. Harapnya semua itu mendapat keberkatan dan kemudahan dari Allah subhanahu wa ta'ala.

Sekali lagi,
kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang.

p/s: ini hanyalah harapan dan perancangan penulis. Tapi apa yang pentingnya disini, CARI CALON dulu.

Siapalah agaknya ye? (tertanya sendiri).

Wallahua'alam.

No comments: