Saturday, May 7

Jika Aku Ditanya Tentang Perkahwinan..

Assalamualaikum wbt..

Entah mengapa hati celaru. Terlalu banyak berfikir barangkali.

Sejak kebelakangan ini terlalu kerap aku memikirkan soal perasaan. Soal kasih sayang. Soal Cinta.

Soal Perkahwinan.

Jika aku ditanya tentang perkahwinan,
aku tidak lagi begitu berminat untuk berangan-angan tentangnya.
tidak lagi ambil kisah tentang segala persiapan yang perlu,
apatah lagi menginginkan perkahwinan yang hebat dan mewah,

Jika aku ditanya tentang perkahwinan,
mahu saja aku ikut kata hati,
mahu saja aku tidak ambil peduli,
mahu saja aku berdiri sendiri..

Jika aku ditanya tentang perkahwinan,
cukup sahaja aku katakan,

NYAH SEMUA ANGAN-ANGAN MIMPI,
AKU HANYA PERLU SEBUAH IZIN..

*tidak perlu dipolitikkan isi hati ini*

Wallahu'alam.