Tertanya-tanya kenapa abah bersikap begini.
Apa yang ada dibenaknya sehingga keputusannya begitu sukar sekali diubah.
Abah terlalu tegas, langsung tidak mahu menerima pendapatku.
Aku terseksa. Terasa seakan tidak mampu menanggung perasaan ini lagi.
Ia sudah berlanjutan sejak 'hari itu'. Dan ia terus berterusan. Sehingga kini.
Abah, susahkah hendak memahami perasaan anakmu ini? Salahkah apa yang aku inginkan ini?
Aku tahu selaku anak aku tidak boleh selalu mempertikaikan.
Kalaupun aku berlawan kata dengan abah, aku pasti hujah "abah tahu yang terbaik untuk anaknya' akan digunakan, Ya, abah, aku tak pernah menafikannya. Abah sentiasa tahu yang terbaik untuk anaknya.
Tapi abah tahukah hati anakmu ini? Abah memahamikah apa yang aku alami ini?
Lemah, sungguh aku lemah. Sering kali memikirkan perkara ini.
Aku tahu hati abah keras. Abah takkan mudah mempersetujui. Itu yang membuatkan aku memberontak. Semacam tak ada ruang langsung untuk diskusi. Seolah abah tidak membuka ruang untuk ku berhujah atas kehendakku.
Hari ini perasaaan itu datang lagi selepas aku bercakap dengan abah.
Perasaan yang sama. Persoalan yang sama.
"Abah tak memahami kah?".
Mengalir lagi air mata ini tatkala memikirkan perkara tersebut.
Sebulan lagi. Mungkin nanti aku akan faham kenapa abah bersikap begitu.
Aku doakan aku tabah menghadapinya. Abah patut mendengar apa yang aku hendak sampaikan.
Abah patut tahu. Perlu tahu.
Abah, izikan aku..
Allahu'alam.
2 comments:
Hehe. Luahan dari hati sungguh ni. Mintalah pada Dia kerana dia pemilik semua hati. Semoga dipermudahkan urusan sahabatku. Ayuh, kita exam dulu. Allah knows best. =)
i really dun know problem ko. tp ak ble agak. anyway, btol ckp leen, byk2 doa.only that ble ubah pendirian ur fam. gudluck this summer!prepare siap2 apa nk ckp.. kdg2 parents mmg xska kita desak, but mayb kita kn tunjuk teladan2 yg melayakkan utk kita wat kputusan mcm tu. all the best dear! saya pnah lalui semua tu.i explain everyhting, but my dad mcm konfius..antara ya atau x, my mum lg la x bg.tp..tuela.. saya doakan yg terbaik..
ps-hope betol la masalah awak yg saya tembak nie! gudluck exam~
Post a Comment