salam wbt.
Hari ahad ialah hari bercakap dengan abah. Selalu pada hari ahad aku akan terkejar-kejar pulang untuk segera menelefon abah. Biasa sahaja hari ahadku dipenuhi dengan aktiviti. Selalu juga di tengah2 aktiviti itu pesanan ringkas dari emak akan masuk memintaku untuk segera berada di alam maya. Abah tengah tunggu katanya. Dan semalam, sekali lagi aku berlari-lari anak untuk pulang. Rasa bersalah buat abah menunggu lama. Nasib baik abah tidur lewat. Kalau dengan emak, memang goodnite la jawabnye.
Semalam abah bertanya, "harini tak de pergi ceramah ke? biasa awk pergi dengar ceramah kat kolej".
Aku tersentak juga. Abah seakan faham kesibukan aku di sini. Malah abah memang menggalakkan aku untuk terus aktif, terutama di dalam sukan. Anak abah hebat, katanya. Itulah abah. Antara emak dan abah, aku lebih banyak bercerita kepada abah. Abah bijak mengembangkan cerita. Abah suka bertanya itu dan ini. Biasa dengan abah aku akan ceritakan perihal semasa dan dunia. Dengan abah, semuanya tentang aku. Dengan emak pula, aku lebih bertanyakan kan perihal adik beradik dan keluarga. Itulah beza abah dan emak. Tapi kedua-duanya aku sayang sama rata. Tidak ada yang kurang, tidak ada yang lebih.
Tiap-tiap minggu, abah akan bertanya tentang progress study. Dan selalu juga abah selitkan dengan apa tujuan sebenar aku berada di sini. Aku sekadar mengangguk. Aku tahu abah risau. Abah bertambah risau jika aku nyatakan plan percutian aku sewaktu cuti. UK, Mesir, Rome. Abah rasa aku lagi banyak berjalan dari belajar. Dan aku tenangkan abah dengan berkata, "Experience is also a way of learning". Abah seakan bersetuju. Tapi mengenali abah, aku tahu beliau tidak mudah membiarkan. Tidak mahu kalah. Lalu aku biarkan abah terus berceloteh itu dan ini. Aku sekadar mengiyakan apa yang perlu. Dan menambah satu dua untuk menguatkan hujah beliau.Dengan abah, aku banyak berdiam dan mendengar. Cuba untuk menyerap masuk segala nasihat beliau. Aku harap aku masih ingat tiap-tiap butir kata beliau..
To be continued....
Monday, December 14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment