Monday, March 2

Sudahkah Ku Temui Hati itu?

Assalamualaikum..

Tertarik dengan 'shoutout' yang ditulis pada YM seorang teman, diri ini rasa terpanggil untuk berkongsi seseuatu mengenai 'HATI' pada ruangan kali ini.

Kenapa hati disini ditulis sebagai 'HATI'?

Bagi kebanyakan kita, mungkin hati itu boleh disifatkan sebagai tempat timbulnya sesuatu perasaan; Kasih sayang, sedih, kecewa, marah, geram dan sebagainya..

Bagi penggemar makanan, hati juga boleh diklasifikasikan sebagai makanan; hati masak kicap, hati sambal, dll..

Seorang sahabat pernah memberitahu bahawa hati ini sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian.
1) Hati sebagai organ di dalam tubuh manusia itu sendiri.
Bagi pelajar perubatan seperti aku, bahagian hati yang itu telah ku lihat dan ku pegang dengan tangan sendiri. Ia, hati manusia di mana proses 'detoxifying' bahan kimia seperti drugs berlaku.

Akan tetapi, Allah Yang Maha Mencipta telah menggariskan mengenai hati yang sebenarnya di dalam surah At-Taghabun (64:11) yang bermaksud:

“…Dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Inilah bahagian kedua 'Hati' tadi. QOLBU.
Sesuatu yang sukar kita rasa, apatah lagi untuk dilihat dan disentuh. Kalaupun ia disentuh, sentuhan itulah sentuhan rahmat yang paling bermakna.
Kerana apa?
Kerana kita menjadi dikalangan hamba pilihan Allah untuk menerima nur syahadah (petunjuk)Nya.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,

Rasulullah s.a.w. bersabda
“Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”

Qolbu.
Terlalu besar peranannya di dalam diri seorang Muslim. Seiring dengan kepentingannya secara fizikal. Rasanya boleh juga disimpulkan disini bahawa Qolbu ini juga yang membezakan kemuliaan seorang pemeluk Islam dengan pemeluk agama-agama lain.
Qolbu ini telah diciptakan Allah sebagai tempat hambanya menerima hidayah. Qolbu ini diciptakan supaya setiap pemilik menjaganya supaya menjadi baik. Qolbu ini penentu baik dan buruknya seorang manusia itu.

Oleh itu, aku bertanya sendiri. Sudahkah aku menemui 'hati' yang satu ini?
Mungkin belum. Tapi InsyaAllah aku akan berusaha untuk menemuinya.

Qolbu, nantikan aku.

1 comment:

Unknown said...

hati... secara lahiriah manusai hanya menganggap organ kecil ini sekadar organ fizikal yang membantu dalam proses "detoxification".... (mungkin pada pandangan seorang yang berilmu)......
namun fungsinya lebih dari sekadar itu... hati lah penentu tindakan dan perlakuan manusia yang berhubung terus dengan akal dan nafsu.... disinilah kawasan utama yang diserang syaitan untuk merapuhkan tugu iman anak-anak adam......
maka.... hati..... suburilah ia dengan iman, sinarilah dengan nur islam yang hakiki....